Wednesday, August 19, 2009

Buat Duit

Buat duit online?Bagaimana? Apakah langkah-langkahnya? Boleh ke buat duit dengan cepat? Betul ke boleh dapat duit?

Kamu mesti tertanya-tanya macam mana nak cari duit lebih untuk keluarga ataupun simpanan masa hadapan. Ingin memakai kereta mewah? rumah besar? Isteri banyak?opss!hehe. Kalau kena pada tempatnya kita pasti boleh buat tetapi anda perlu bersabar dan membuat kajian dahulu sebelum menyertai sesuatu program.

Terlalu banyak penipuan di internet ini. Saya sendiri dah banyak kali tertipu dengan program-program yang saya sertai sebelum ini. Salah satunya ialah Numenmail.com. Program menghendaki anda untuk membaca email yang diberikan dan setiap email yang dibaca berjumlah $80. Siapa yang tidak mahu. Dapat baca 10 email satu hari dah dapat $800 belum ditukarkan kedalam Ringgit. Program ini akan membayar anda duit terkumpul sebanyak $8888. Saya sendiri sudah mengumpul sebanyak $6845 dalam masa sebulan setengah. Macam tidak percaya! Saya dah mula membayangkan duit yang banyak itu untuk membantu keluarga. Tapi itu semua dusta belaka! Program ini tidak membayar kepada pembaca-pembaca email mereka.

Setelah saya diajar oleh sahabat saya bagaimana untuk mengenal pasti program-program yang bukan menipu saya mula berhati-hati untuk tidak tertipu dengan apa yang ditawarkan. Anda hanya perlu taip nama domain di dalam search engine google diikuti dengan perkataan scam. anda akan lihat didalam forum yang membincangkan masalah yang anda sendang hadapi. Anda juga boleh lihat cara dibawah.

Langkah 1


Langkah 2
Langkah 3

Banyak lagi program-program yang menipu tetapi kita tidak tahu. Saya harap anda dapat berhati-hati untuk mencari duit secara online.




0 comments:

Post a Comment

 

©2009 CaRi DuiT | by TNB